1. Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta
mempunyai maksud yang tersirat.
2. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan
umpama.
3. Senarai perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.
Bagai aur dengan tebing bermaksud tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai bunyi cempedak jatuh bermaksud bunyi jatuh yang kuat
Bagai bulan dipagari bintang bermaksud kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai diiris dengan sembilu bermaksud perasaan yang sangat pedih
Bagai duri dalam daging bermaksud sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Bagai itik pulang petang bermaksud berjalan lambat sekali
Bagai isi dengan kuku bermaksud persahabatan yang sangat erat
Bagai kacang melupakan kulit bermaksud orang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai kumbang putus tali bermaksud amat cepat; terlepas daripada sengsara
0 ulasan:
Post a Comment