Imbuhan apitan
Imbuhan apitan meN-........-i
1. Apitan meN-......-i dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan meN- dan akhiran –i pada kata dasarnya.
2. Apitan meN-......-i bertugas untuk membentuk kata kerja transitif.
3. Apitan meN-......-i dapat menyatakan makna yang berikut.
Ayat Contoh
a. perbuatan yang berkaitan dengan penerima.
Contohnya menganugerahi, menghadiahi, menasihati dan sebagainya.
Syarikat ini menganugerahi Encik Hisham Sijil Pekerja Cemerlang.
Ibu menghadiahi kakak seutas rantai.
b. menjadi
Contohnya mengetuai, membanjiri, menghakimi dan sebagainya.
Cikgu Hanim mengetuai rombongan lawatan ke negeri Melaka.
Pengguna membanjiri pasar raya itu untuk mendapatkan bekalan minyak masak.
c. melakukan perbuatan
Contohnya menghadiri, melalui, menuruni dan sebagainya.
Maznah tidak dapat menghadiri majlis hari jadi Diana semalam kerana demam.
Kami menuruni lurah yang curam itu dengan berhati-hati.
c. melakukan perbuatan
Contohnya menghadiri, melalui, menuruni
dan sebagainya.
1. Maznah tidak dapat menghadiri majlis hari
jadi Diana semalam kerana demam.
2. Kami menuruni lurah yang curam itu dengan
berhati-hati.
d. melalukan perbuatan berulang-ulang
Contohnya memukuli, menikmati, melempari
dan sebagainya.
1. Ayah memukuli ular itu dengan kayu sehingga
mati.
2. Dia melempari anjing itu dengan batu.
e. menjadikan sesuatu dalam keadaan
Contohnya menghiasi,melindungi, melindungi
dan sebagainya.
1. Kakak gemar menggunakan masa lapangnya
dengan menghias rumah.
2. Tugas polis adalah untuk melindungi
masyarakat daripada ancaman jenayah.
Apitan meN-.......-kan
1. Kata yang berapitan meN-....-kan dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan meN- dan
akhiran -kan pada kata dasarnya.
2. Seperti apitan meN-....-i , apitan meN-....-kan bertugas untuk membentuk kata kerja transitif.
3. Apitan meN-....-kan dapat menyatakan makna yang berikut:
Ayat contoh
a. menjadi objek sebagai
Contohnya mengabdikan, mencalonkan,
menghadiahkan dan sebagainya.
1. Penduduk Kampung Pasir telah mencalonkan
Basri sebagai ketua kampung.
2. Ayah menghadiahkan sebuah basikal kepada
abang.
b. memasukkan objek ke dalam
Contohnya mengetinkan, menyarungkan,
menabungkan dan sebagainya.
1. Pekerja itu sibuk mengetinkan buah nanas.
2. Naimah sentiasa menabungkan sebahagian
gaji bulanannya ke dalam bank.
c. membawa
Contohnya mendaratkan, menyeberangkan,
meningkatkan dan sebagainya.
1. Kapten Zainal dapat mendaratkan kapal
terbang yang rosak itu.
2. Empangan dibina untuk meningkatkan paras
air di sesuatu kawasan.
d. menyebabkan
Contohnya mendirikan, menggerakkan,
menghentikan dan sebagainya.
1. Mereka bergotong-royong untuk mendirikan
balai raya itu.
2. Enjin penting untuk menggerakkan sesuatu
kenderaan.
e. melakukan perbuatan untuk seseorang
Contohnya mengambilkan, membawakan,
mencarikan dan sebagainya.
1. Ibu mengambilkan kakak seorang guru
tuisyen untuk mengajarnya Matematik.
2. Puan Zainab membawakan buah-buahan
untuk jirannya yang terlantar di hospital.