KATA NAMA
Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.
Isi kandungan
1 Kata Nama Am
2 Kata Nama Khas
3 Kata Ganti Nama
4 Kata Nama Terbitan
1. Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
2. Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
3. Kata Ganti Nama.
Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).
Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:
diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku
diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba
diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya
4. Kata Nama Terbitan
Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).

LATIHAN BAHASA MELAYU
- Isikan tempat kosong dengan simpulan bahasa yang betul.Kejayaan Azman melanjutkan pelajaran ke luar negara menjadi ____________________ orang-orang kampung.
- buah mulut
- buah hati
- buah tangan
- buah fikiran
- Peperangan yang tiada kesudahannya itu menyebabkan banyak orang yang ___________________ .
- mati kutu
- mati lemas
- mati katak
- mati syahid
- Pak mat bersyukur dengan rezeki yang diperoleh daripada _______________ nya sendiri.
- air muka
- darah daging
- gaji buta
- titik peluh
- Jangan kamu beritahu rahsia ini kepadanya. Dia itu ________________
- gelap mata
- mulut tempayan
- kepala angin
- cepat tangan
- Ayah tinggal di Kuala Lumpur beberapa hari kerana mahu _________________.
- beralih akal
- mencuci mata
- mencari jalan
- beralih angin
- _________________ betul saya semasa balik ke kampung kerana musim buah-buahan baru bermula.
- Salah langkah
- Langkah kanan
- Langkah seribu
- Langkah kiri
- Zainal ______________ kerana terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya.
- besar kepala
- besar hati
- bekas tangan
- beri muka
- Anita mempunyai ________________ di pipi kanannya.
- cahaya mata
- banyak mulut
- hidung tinggi
- tahi lalat
- Hadi berasa ____________________ kerana Nora disukai oleh kawan-kawannya.
- tawar hati
- sampai hati
- iri hati
- buta hati
- Fauzi makan sebungkus nasi lemak sebagai ____________ sebelum ke sekolah.
- ikat perut
- makan besar
- alas perut
- makan angin
- Rosman dinaikkan pangkat oleh majikannya kerana dia ________________.
- muka tembok
- ringan tulang
- berat tulang
- kera sumbang
- Riduan adalah _____________ nenek dan datuknya kerana dia merupakan cucu tunggal mereka.
- buah hati
- ayam tambatan
- anak angkat
- kaki bangku
- Devan bersikap _______________ kerana keluarganya kaya dan terkenal.
- berat mulut
- batu api
- hidung tinggi
- berat sebelah
- Pegawai yang _______________ itu telah ditangkap.
- kacang hantu
- kaki botol
- makan suap
- berat sebelah
- Kumar hanya ber_______________ kerana kasutnya kecurian.
- otak cair
- putih mata
- kaki ayam
- murah hati
- Kakak memakai cermin mata kerana dia _______________________.
- telinga lintah
- rabun ayam
- puteri lilin
- rambang mata
- Tulisan Dora yang __________________ itu sukar dibaca oleh Cikgu yati.
- nyawa-nyawa ikan
- lintah darat
- buruk siku
- cakar ayam
- Dia memang _______________ kerana masih belum faham walaupun diajar beberapa kali.
- otak mereng
- otak udang
- otak cair
- otak kancil
- _______________________ antara Devi dan Rani itu berakhir selepas dinasihati oleh Cikgu Farah.
- Naik angin
- Pasang telinga
- Perang mulut
- Mulut murai
- Ayah _________________ dulu sementara menanti hari siang.
- telinga nipis
- terang hati
- tidur-tidur ayam
- titik peluh
PANTUN NASIHAT
Wahai anak didikku,hayatilah pantun di bawah ini.
Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana
Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan
Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.
Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya
Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci
Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana
Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan
Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.
Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya
Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci
Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Anugerah tuhan
Assalamualaikum dan salam perkenalan.
Selamat bersua di halaman blog saya.